Welcome

From Ordinary to Extraordinary Person

Monday, 1 April 2013

Hendak Seribu Daya

Bismillahhirrahmanirrahim

Entry kali ni aku tergerak untuk berkongsi tentang keinginan. Semua orang ada keinginan masing-masing. Macam aku, apa yang aku naaaakkk sangat sekarang ialah KURUS!. Bukan setakat kurus sahaja tapi sihat. Tak bermakna seseorang itu kurus dia sihat, dan juga tak bermakna orang yang tak kurus tu tak sihat.
Ok, dipendekkan cerita... Aku dalam proses nak mengecikkan badan aku yang macam tong ni.Dush! 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mesti ramai yang fikir aku nak kurus sebab nak kahwin.Ahha! itu sampingan je.hahaha. Yang utama ialah ada rasa kesedaran diri. Selama mana aku nak bawak lemak-lemak yang menempel kat badan ni? Kalau cantik tu, 100 tahun aku sanggup bawak kehulu kehilir. Masalahnya buruk kot! Lagi-lagi bila baju kurung aku kat matrikulasi dulu dah tak boleh pakai! Ohhh No!!!
Kononnya aku slim lah time tu..Eh, memang aku slim pun time tu.ekeke...
Masuk hari ni dah 6 hari aku mula dengan Healthy Diet..Mula-mula seksa lah jugak.360 degree aku kena tukar corak pemakanan, aktiviti harian daaaannnn yang paaaaaling buat aku seksa, nak habiskan air minimum 6 liter sehari.Homaigod!
Seriously aku cakap eh...kalau sebelum ni nak habiskan 2 liter pun berzaman, inikan 6 liter.
Tapi..

Tapi..

Tapi..

Macam aku cakap tadi...Hendak seribu daya!

Bila aku dah letak sasaran untuk kurus dan sihat bermakna aku dah letak satu KOMITMEN. Yes commitment!Sekali lagi...Komitment! Pandaaaiiii...!
Jangan sesekali paksa diri untuk ubah sesuatu yang baru pertama kali kita buat.Ubah sedikit demi sedikit...Dan alhamdulillah! 3hari pertama aku berjaya minum 6liter sehari..kemudian naik 7.7liter,then 8 liter and finally semalam aku berjaya minum 11 liter! Yayyyyyy!! Tepuk tangan utk aku..Syabas mera bete. Syabas...!
Caranya mudah.Ikut cakap coach. Aku ulang...IKUT CAKAP COACH. Jangan ingkar ok!

1.Minum air minimum 6 liter sehari. Ikuuttt
2.Buat senaman at least 30minit sehari. Ikuttt
3.Jaga pemakanan. NO snack between every meals. Ikuuttt
4.Tido &bangun on time. Ikuutt
5.Kahwin dengan dia... Haaa yang ni jangan.sebab dia laki orang. (Merana tunang aku nanti)

Last week, aku dah ditimbang untuk pertama kali.. Alhamdulillah wa syukurillah. Turun 1.5kg. Good start actually even aku rasa itu bukan berat yang aku target. Tak apa...ada masa lagi. Teruskan usaha!
InsyaAllah aku nak make sure minggu ni berat aku turun 4kg. Waaaa..Boleh ke? MESTI BOLEH..!!!
Apa aku kata? Hendak seribu daya. Jika aku boleh, korang semua pun mesti boleh.

Yakin pada diri.Itu yang penting...Bukan maksud aku buat sungguh-sungguh untuk kurus aje, tapi apa sahaja aktiviti harian perlu juga dibuat dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, bersungguh-sungguh dalam beribadat dan pekerjaan. Pada masa yang sama, perbaharui niat..Niatkan yang baik-baik sahaja..Dengan niat yang baik itu mudah-mudahan Allah akan permudahkan urusan kita seharian dan mendapat berkat dan redha dariNYA.

Akhir kata, mulakan hari anda dengan penuh semangat dan niat hanya untuk mendapat redha dariNYA.

Wassalam.

Friday, 29 March 2013

Janji temu Pertama...

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu!

Alhamdulillah segala urusan hari ini dipermudahkan Allah..Syukur!Syukur!

Apakah perasaan anda apabila pertama kali berjumpa dengan si dia?Mungkin kisah aku sedikit unik..Dengan kata lain, 'special case'. Kenapa special?Biarlah rahsia... :-)

Dengan ditemani seorang rakan..kami bertemu buat pertama kali.Gugup? Sudah semestinya...Berjumpa itu untuk memenuhi syarat dalam memilih pasangan.Yang penting, ikutilah syariat.InsyaAllah jika niat berjumpa itu baik semata-mata untuk mendapat redha Allah,pasti segalanya dipermudahkan.

Sabda Nabi SAW, maksudnya:
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang yang ketiga bersama dengannya ialah syaitan kecuali bersama mahram"

Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabatnya yang bernama Mughirah bin syukbah, sabdanya bermaksud: "Lihatlah dahulu perempuan itu maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai"

Pesan mama dan abah pula...Carilah pasangan yang berpegang pada agamanya.Itulah yang aku pegang dalam mencari pasangan. Aku rasa, bukan aku sorang je yang mahukan pasangan yang beriman&soleh. Waima sejahat mana lelaki itu sekalipun, cuba tanya ciri-ciri isteri yang bagaimana menjadi idaman? Mesti jawapannya yang solehah... Senang citer la.. Contoh paling simple bila u'olls pilih barang kat pasaraya. Katakan nak beli air vitagen..Arrgghhh giler sedap!. Nampak dah nuunn dari jauh vitagen bersusun baikk punye.Dah sampai betul2 depan vitagen yang banyak2 tuu, u'olls mesti belek-belek dulu.(Tak taula kalau aku je yang mcm neh).Belek punya belek, punye telek, tengok harga segala..Tetibe nampak ada titik hitam bekas jari kat plastik luar vitagen yang ada 5 botol satu pek tu.Korang amek tak?For sure korang letak balik sbb tak cantik..Alaa..balik nnt boleh basuh je bekas daki tuu...hilang punya.Tapi taaakk...taknak yang tu.cari pek yang cantik&bersih.Haa itulah perumpamaannya dalam mencari pasangan.Kata tadi contoh simple je...dang!

Jadi, apa yang aku nak sampaikan kat sini...Pilihlah calon anda sebaik-baiknya.Istikharah mohon petunjukNYA dan pada masa yang sama,diri kita sendiri ni jugak perlu diperbaiki. Kalau dulu tak rajin solat dhuha, tak rajin puasa sunat, tak rajin bangun tahajjud, tak tutup aurat dengan sempurna...Mulakanlah.. Rajinkanlah diri,berusahalah untuk berjuang melawan ngantuk tika orang lain hanyut dibuai mimpi & berusahalah untuk tutup aurat dengan sempurna...Aku cakap ni semua untuk ingatan diri aku sendiri.Mudah2an secara tak langsung kalian doakan aku untuk terus istiqamah dan aku juga turut mendoakan kalian untuk terus istiqamah...InsyaAllah.


Ok, berbalik pada kisah aku...Alhamdulillah macam aku cakap awl2 tadi, kami bukan jumpa berdua je.Aku bawak kawan since adik si lelaki ada kelas pulak.Ok, setel. Jumpa, makan, bincang secara ringkas, balik.Jumpa 1jam pun aku rasa lama.. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tarikh dah ditetapkan...Syukur.


Dalam proses mempersiapkan diri mental&fizikal...Nantikan detiknya..
Rabbi yassir wala tu'assir.Rabbi tammim bikhoir

Wassalam.


Thursday, 21 March 2013

Sekian Lama Menyepi



Sekian lama menyepi..Insyaallah aku cuba untuk konsisten menulis!(Erm!)


Bermula kisah pekerjaan di tempat lama yang bagi aku...Tak usahlah dikenang lg. Past is past...Tak mengapa, aku percaya rezeki ada di mana-mana.

Sepanjang 'menghilangkan diri' banyak perkara yg terjadi. Seperti kata Ustaz Kazim Elias,dalam bukunya 'Tuhan Sedang Menguji Kita', setiap apa juga yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya.Barangkali kita sukakan sesuatu,tapi itu bukan yang terbaik untuk kita. Dan ada juga kita bencikan sesuatu tapi itulah yang terbaik untuk kita...Aku suka baca buku ni berulang-ulang kali. Diibaratkan ustaz tengah bagi ceramah kat diri aku kala aku rasa down...Sebabnya aku beli buku tu pun masa aku sangat-sangat perlukan seseorang untuk menjadi penguat semangat untuk bangkit. I love you, Ustaz Kazim!


Seorang rakan mencadangkan untuk aku menulis cerpen dan novelku di sini.. Insyaallah jika tiada halangan, akan aku tunaikan. Maklumla dengan alasan yang kononnya aku super busy ni...e-novel & e-cerpen aku terbengkalai.Hadesss!


Ok, ketemu lagi di lain masa...


p/s: U'all tahu 'xerox' tu apa??...Ya Allah kesiannya aku...Baru aku tahu, maksudnya photocopy..Fotostat dalam bahasa jawanya. Hadesss sekali lagi untuk diri aku.Ces!


Monday, 26 December 2011

Terima kasih wahai nangka

First day to start...I dont know why, tetiba perasaan nak buat blog sendiri membuak-buak. Sebelum ni tengok dan baca aje blog orang lain. Tak ada feeling pun nak buat blog sendiri masa tu. TAPI sekarang tidak lagi.ngeh, ngeh
Orait, for the first day ni enjin baru hidup. Masih lagi bertatih utk blogging.

Mesti readers(ada readers dah ke??hehehe) tertanya2 apa citer dengan nangka? apa kaitan jackfruit? Here is the story.... Dari sekolah rendah lagi, saya memang tak boleh makan nangka dengan kuantiti yang banyak. Kalau berdegil juga, terimalah 'keseronokan' nya seperti apa yang saya alami sekarang....arggghhhh.. sendawa non stop sampai kepala ni dah pening. Tadi bukan main laju makan nangka macam tak hengat dunia...maklumla SEDAP punya pasal.Sampai my mom terus simpan bekas nangka dalam peti ais semula. Bimbang anaknya ni makan non stop.HuHuhu..TQ mama for your care! <3 and....Thank you soo much to NANGKA for making me cannot sleep and sign up for a blog! Ahhahaa..!!!
Hmm tahun baru tinggal beberapa hari saje lagi kan?.Sedar tak sedar jugak start saje tahun baru, dah kena balik KL semula.. Kerja, kerja, kerja. Minggu cuti macam nilah perlu dimanfaat sepenuhnya.Termasuklah sign up for a BLOG! hehehe..Ok, memandangkan tahun baru hampir menjelang tiba kan, I wanna share my DREAMS to achieve in year 2012 to all of you. Nak tau? Taraaaaa.....!

No 1.  Mercedes Benz B-Class- sangat2 teruja with this car( sampai dah 2 kali pergi showroom semata2 nak 'feel' & ambil gambar dengan keta ni.Hehehe)


No 2. FREE holiday trip to Chiang Mai Thailand.(Sawadikhaaaap)- Since my company ni sangat baik, they sponsor this trip **Terms and conditions applied~ Wakakaka


No 3. I'm qualified for FREE vacation to San Francisco South Africa by June 2012!

Golden Bridge, San Francisco


Kruger National Park, South Africa

WOW..!!! very Fantastic.! very excited to achieve those DREAMS. Hmm...so how about yours? Did you have one? =)