Welcome

From Ordinary to Extraordinary Person

Monday, 1 April 2013

Hendak Seribu Daya

Bismillahhirrahmanirrahim

Entry kali ni aku tergerak untuk berkongsi tentang keinginan. Semua orang ada keinginan masing-masing. Macam aku, apa yang aku naaaakkk sangat sekarang ialah KURUS!. Bukan setakat kurus sahaja tapi sihat. Tak bermakna seseorang itu kurus dia sihat, dan juga tak bermakna orang yang tak kurus tu tak sihat.
Ok, dipendekkan cerita... Aku dalam proses nak mengecikkan badan aku yang macam tong ni.Dush! 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mesti ramai yang fikir aku nak kurus sebab nak kahwin.Ahha! itu sampingan je.hahaha. Yang utama ialah ada rasa kesedaran diri. Selama mana aku nak bawak lemak-lemak yang menempel kat badan ni? Kalau cantik tu, 100 tahun aku sanggup bawak kehulu kehilir. Masalahnya buruk kot! Lagi-lagi bila baju kurung aku kat matrikulasi dulu dah tak boleh pakai! Ohhh No!!!
Kononnya aku slim lah time tu..Eh, memang aku slim pun time tu.ekeke...
Masuk hari ni dah 6 hari aku mula dengan Healthy Diet..Mula-mula seksa lah jugak.360 degree aku kena tukar corak pemakanan, aktiviti harian daaaannnn yang paaaaaling buat aku seksa, nak habiskan air minimum 6 liter sehari.Homaigod!
Seriously aku cakap eh...kalau sebelum ni nak habiskan 2 liter pun berzaman, inikan 6 liter.
Tapi..

Tapi..

Tapi..

Macam aku cakap tadi...Hendak seribu daya!

Bila aku dah letak sasaran untuk kurus dan sihat bermakna aku dah letak satu KOMITMEN. Yes commitment!Sekali lagi...Komitment! Pandaaaiiii...!
Jangan sesekali paksa diri untuk ubah sesuatu yang baru pertama kali kita buat.Ubah sedikit demi sedikit...Dan alhamdulillah! 3hari pertama aku berjaya minum 6liter sehari..kemudian naik 7.7liter,then 8 liter and finally semalam aku berjaya minum 11 liter! Yayyyyyy!! Tepuk tangan utk aku..Syabas mera bete. Syabas...!
Caranya mudah.Ikut cakap coach. Aku ulang...IKUT CAKAP COACH. Jangan ingkar ok!

1.Minum air minimum 6 liter sehari. Ikuuttt
2.Buat senaman at least 30minit sehari. Ikuttt
3.Jaga pemakanan. NO snack between every meals. Ikuuttt
4.Tido &bangun on time. Ikuutt
5.Kahwin dengan dia... Haaa yang ni jangan.sebab dia laki orang. (Merana tunang aku nanti)

Last week, aku dah ditimbang untuk pertama kali.. Alhamdulillah wa syukurillah. Turun 1.5kg. Good start actually even aku rasa itu bukan berat yang aku target. Tak apa...ada masa lagi. Teruskan usaha!
InsyaAllah aku nak make sure minggu ni berat aku turun 4kg. Waaaa..Boleh ke? MESTI BOLEH..!!!
Apa aku kata? Hendak seribu daya. Jika aku boleh, korang semua pun mesti boleh.

Yakin pada diri.Itu yang penting...Bukan maksud aku buat sungguh-sungguh untuk kurus aje, tapi apa sahaja aktiviti harian perlu juga dibuat dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, bersungguh-sungguh dalam beribadat dan pekerjaan. Pada masa yang sama, perbaharui niat..Niatkan yang baik-baik sahaja..Dengan niat yang baik itu mudah-mudahan Allah akan permudahkan urusan kita seharian dan mendapat berkat dan redha dariNYA.

Akhir kata, mulakan hari anda dengan penuh semangat dan niat hanya untuk mendapat redha dariNYA.

Wassalam.