Welcome

From Ordinary to Extraordinary Person

Thursday 8 May 2014

Ragam Ibu Mertua

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Terlalu lama blog terbiar. Hari ni aku agak free sikit. Jadi aku just nak share pendapat dan dari pemerhatian aku terhadap ragam ibu mertua. (baca: bakal ibu mertua bagi yang bujang)
Ibu, emak, umi, mama, mummy, bonda.....pangilan yang berbeza tapi ditujukan pada orang yang sama. Hanya dia yang besusah payah mengandung dan melahirkan kita.Berjaga siang malam untuk melindungi anak yang dia sayang..Mungkin satu hari nanti, kita juga akan bergelar ibu dan merasai apa yang ibu kita lalui sebelum ni. Pada yang masih bujang, mereka hanya ada seorang ibu kandung...Tetapi setelah berkahwin kelak, dia akan dapat seorang lagi ibu iaitu -ibu mertua.
Bagi aku, sifat ibu kandung dan ibu mertua sama je. Mungkin yang sedikit berbeza dari segi pemikiran, dari segi didikan dan persekitaran mereka membesar. Pada perempuan bujang yang belum memiliki ibu mertua, pasti mengharapkan dan membayangkan suatu hari nanti dapat ibu mertua yang sporting giler, yang pandai masak, peramah, open minded& boleh menjadi kawan rapat macam ibu kandung sendiri. Honestly, aku pun harapkan perkara yang sama.

Kisah aku, sejak bertunang hampir 9 bulan ni, baru 5 kali berjumpa bakal ibu mertua. Tapi perjumpaan kali ke-5 ni yang menggerunkan sikit sebab aku kena bermalam kat rumah bakal ibu mertua. Walaupun hanya semalam, orang-orang tua ni (lagi-lagi si ibu) dah boleh tahu perangai kita ni macammana. Kalau bakal menantu lelaki tu mungkin tak diperhati sangat... Tapi kalau perempuan, faham-faham sendiri lah yea!
Ni aku nak habaq mai. Kalau lah sebelum ni korang dah biasa bangun tido 9-10 pg, al maklumlah nama pun cuti untuk berehat tak bermakna kat rumah mak mertua korang boleh buat benda yang sama!. Kamon girls, hipokritlah sikit untuk kebaikan...Tapi...Tapi...Tapiiii...hipokrit ni diharap sebagai permulaan dan KITA terus kekalkan tabiat bangun awal pagi.. Lagipun, tidur lepas subuh kan tak elok.Sempit rezeki tau. Kalau balik kampung pun sama. Jangan ikutkan sangat malas tu.. Nanti dah jadi tabiat, susah nak tinggal. Lagi parah, terbawa-bawa ke rumah mak mertua.. Eee... Turun saham tau!. Aku? Alhamdulillah aku dah biasa bangun awal.. Masa study dulu je liat nak bangun. Tapi bila dah rasa diri ni tua, insaf terus.hehehe.

Ok, tadi bab bangun pagi. Bab mengemas, tolong di dapur tu sudah semestinya. Kalau tak tahu masak sekalipun jangan duduk sesaje goyang kaki walaupun rasa diri tu tetamu. Kena ingat, satu hari nanti rumah tu akan jadi rumah kedua kita. Rajin-rajinkan tangan mengemas apa yang patut. Sebagai perempuan, kita kenalah bijak. Nampak bersepah, kemas...Nampak ibu mertua nak masak, tolonglah kopek bawang ke, potong sayur ke, siang ikan ke.. Jadi bijak untuk fikir cari kerja untuk tolong. Dah siap masak, tolong hidang. Sendukkan nasi.Ni belum masuk bab dah siap makan, bab kemas katil lepas bangun tido esok pagi. Sebab apa aku cakap semua ni, sebab tak semua anak dara ambil tahu& belajar ini semua. Tipulah kalau tak pernah jumpa anak dara yang buat tak cakne (ambil tahu) hal-hal macam ni.

Satu yang 'menarik'nya pengalaman aku bermalam di rumah mertua ialah lepas balik dari sana, aku tanya tunang aku andai ada apa-apa perbuatan aku sepanjang disana tak kena di mata ibunya. Katanya semuanya ok....Cuma... "Ibu pesan dah kahwin nanti pakai kain batik yea bila bermalam di rumah ibu". Apa respon korang wahai gadia-gadis di luar sana? Yelah, kita dah biasa berseluar panjang dan ber t-shirt. Aku pun sama. Aku rasa biasa je lah kan kalau pakai seluar. Lagipun seluar longgar dan panjang. Haa...ini satu perkara yang aku nak highlight disini.. Apa-apa pandangan ambil positif. Bukan kah elok dan nampak sopan jika berkain berbanding kalau pakai seluar? Duduk pun ayu je bersimpuh. Bukan bersila rapat! Pandangan aku, mudah. Ini soal adab dan kesopanan. Itu sahaja. Nasihat aku kalau tak biasa berkain batik, pakailah skirt atau baju kelawar yang lengan panjang dan labuh tu. Asalkan kain! Mudah bukan...?

Mula-mula tersentap lah juga hati ni. Tapi fikir-fikir balik, ada betulnya juga pakai kain batik...kan lebih sopan. Bagus juga untuk aku belajar pakai dan ikat kain batik. So, jangan sentap-sentap okay!. Chill lah bila di rumah mertua...

Lastly, untuk mama&ibu...Selamat Hari Ibu!