Welcome

From Ordinary to Extraordinary Person

Thursday 8 May 2014

Ragam Ibu Mertua

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Terlalu lama blog terbiar. Hari ni aku agak free sikit. Jadi aku just nak share pendapat dan dari pemerhatian aku terhadap ragam ibu mertua. (baca: bakal ibu mertua bagi yang bujang)
Ibu, emak, umi, mama, mummy, bonda.....pangilan yang berbeza tapi ditujukan pada orang yang sama. Hanya dia yang besusah payah mengandung dan melahirkan kita.Berjaga siang malam untuk melindungi anak yang dia sayang..Mungkin satu hari nanti, kita juga akan bergelar ibu dan merasai apa yang ibu kita lalui sebelum ni. Pada yang masih bujang, mereka hanya ada seorang ibu kandung...Tetapi setelah berkahwin kelak, dia akan dapat seorang lagi ibu iaitu -ibu mertua.
Bagi aku, sifat ibu kandung dan ibu mertua sama je. Mungkin yang sedikit berbeza dari segi pemikiran, dari segi didikan dan persekitaran mereka membesar. Pada perempuan bujang yang belum memiliki ibu mertua, pasti mengharapkan dan membayangkan suatu hari nanti dapat ibu mertua yang sporting giler, yang pandai masak, peramah, open minded& boleh menjadi kawan rapat macam ibu kandung sendiri. Honestly, aku pun harapkan perkara yang sama.

Kisah aku, sejak bertunang hampir 9 bulan ni, baru 5 kali berjumpa bakal ibu mertua. Tapi perjumpaan kali ke-5 ni yang menggerunkan sikit sebab aku kena bermalam kat rumah bakal ibu mertua. Walaupun hanya semalam, orang-orang tua ni (lagi-lagi si ibu) dah boleh tahu perangai kita ni macammana. Kalau bakal menantu lelaki tu mungkin tak diperhati sangat... Tapi kalau perempuan, faham-faham sendiri lah yea!
Ni aku nak habaq mai. Kalau lah sebelum ni korang dah biasa bangun tido 9-10 pg, al maklumlah nama pun cuti untuk berehat tak bermakna kat rumah mak mertua korang boleh buat benda yang sama!. Kamon girls, hipokritlah sikit untuk kebaikan...Tapi...Tapi...Tapiiii...hipokrit ni diharap sebagai permulaan dan KITA terus kekalkan tabiat bangun awal pagi.. Lagipun, tidur lepas subuh kan tak elok.Sempit rezeki tau. Kalau balik kampung pun sama. Jangan ikutkan sangat malas tu.. Nanti dah jadi tabiat, susah nak tinggal. Lagi parah, terbawa-bawa ke rumah mak mertua.. Eee... Turun saham tau!. Aku? Alhamdulillah aku dah biasa bangun awal.. Masa study dulu je liat nak bangun. Tapi bila dah rasa diri ni tua, insaf terus.hehehe.

Ok, tadi bab bangun pagi. Bab mengemas, tolong di dapur tu sudah semestinya. Kalau tak tahu masak sekalipun jangan duduk sesaje goyang kaki walaupun rasa diri tu tetamu. Kena ingat, satu hari nanti rumah tu akan jadi rumah kedua kita. Rajin-rajinkan tangan mengemas apa yang patut. Sebagai perempuan, kita kenalah bijak. Nampak bersepah, kemas...Nampak ibu mertua nak masak, tolonglah kopek bawang ke, potong sayur ke, siang ikan ke.. Jadi bijak untuk fikir cari kerja untuk tolong. Dah siap masak, tolong hidang. Sendukkan nasi.Ni belum masuk bab dah siap makan, bab kemas katil lepas bangun tido esok pagi. Sebab apa aku cakap semua ni, sebab tak semua anak dara ambil tahu& belajar ini semua. Tipulah kalau tak pernah jumpa anak dara yang buat tak cakne (ambil tahu) hal-hal macam ni.

Satu yang 'menarik'nya pengalaman aku bermalam di rumah mertua ialah lepas balik dari sana, aku tanya tunang aku andai ada apa-apa perbuatan aku sepanjang disana tak kena di mata ibunya. Katanya semuanya ok....Cuma... "Ibu pesan dah kahwin nanti pakai kain batik yea bila bermalam di rumah ibu". Apa respon korang wahai gadia-gadis di luar sana? Yelah, kita dah biasa berseluar panjang dan ber t-shirt. Aku pun sama. Aku rasa biasa je lah kan kalau pakai seluar. Lagipun seluar longgar dan panjang. Haa...ini satu perkara yang aku nak highlight disini.. Apa-apa pandangan ambil positif. Bukan kah elok dan nampak sopan jika berkain berbanding kalau pakai seluar? Duduk pun ayu je bersimpuh. Bukan bersila rapat! Pandangan aku, mudah. Ini soal adab dan kesopanan. Itu sahaja. Nasihat aku kalau tak biasa berkain batik, pakailah skirt atau baju kelawar yang lengan panjang dan labuh tu. Asalkan kain! Mudah bukan...?

Mula-mula tersentap lah juga hati ni. Tapi fikir-fikir balik, ada betulnya juga pakai kain batik...kan lebih sopan. Bagus juga untuk aku belajar pakai dan ikat kain batik. So, jangan sentap-sentap okay!. Chill lah bila di rumah mertua...

Lastly, untuk mama&ibu...Selamat Hari Ibu!

Wednesday 20 November 2013

Counting the Day

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum dan selamat hari rabu... Dah lama tak update blog kononnya dengan alasan bajet busy.Haha.Ada rasa nak update tapi hati, jantung, limpa, pankreas rasa tak best. So, aku pakat dok senyap-senyap je biar rasa happy happy sikit baru update.

Dah update ni maknanya aku tengah mood happy...Yayyyy happy sangaaaatttt! Tengok tajuk ala-ala macam poyo je nak kira-kira hari segala. Tak payah nak susah-susah pikir...Counting day aku dah lepas. Ini orang lain punye counting day tapi aku plak yang ter overdose nebes.Hahaha.
InsyaAllah 4 hari lagi kakak aku akan mengakhiri zaman bujang beliau (perghh ayat punye skema). Lepas ni aku pulak. Omaigod! tu lagi  super duper nebes.

Mula-mula aku takde lah rasa sedih ke...nebes terlampau ke...gembira kee..Tapi bila dah dekat-dekat tarikhnya ni aku dah pikir, dan rasa macam-macam. Mungkin jugak la sebab kami berdua je anak perempuan dalam family. Dia lah kakak, dia lah teman, dialah 'mangsa buli', dialah cikgu, dialah kaunselor, dialah kadang-kadang jadi adik aku (ok, ini biasa).. Tiba-tiba tacing pulak entry ni. Aku rasa, lepas dia kawen nanti aku dah takde peneman dengar masalah negara aku. Nanti aku mesti rindu cerita-cerita hangat dan sensasi dari along..dan aku mesti rindu dengan cerita-cerita dia yang kadangkala ada unsur-unsur mistik dan karut (yang kadang-kadang aku malas layan..hahaha)...Tapi apa-apa pun...Aku tetap SAYANG KAU, LONG.....Aku sayang kau dunia akhirat. Aku rasa mesti aku nangis masa kau nikah nanti, long....(waaaa...air mata sudah bergenang). Aku doakan semoga kau dan abang mail berbahagia hingga ke syurga, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati perhubungan kalian.

Mungkin majlis aku nanti kau tengah sarat...Wah, berderet laa cucu mak ayah aku nanti.(Ok, dah masuk bab merapu).. Ok lah. takmo sedih, sedih... Kena happy,happy selalu.

p/s Tunggu next entry aku update Garden Wedding Along aku k!

Wassalam...

Tuesday 13 August 2013

Lebatkan Rambut

Bismillahhirrahmanirrahim...

Lebatkan rambut. Post kali ni aku nak cerita&share produk.Bukan nak menjual pun sebab aku tak dapat payment pun tolong promote.haha. Ini aku nak share berdasarkan masalah yang aku alami sendiri dan aku percaya ada ramai lagi wanita di luar sana mungkin mengalami masalah yang sama macam aku...It's true!

Bayangkan..Umur masih muda tapi kepala kurang rambut. kalau botak tu botak cheng macam kepala ayah aku.kihkihkih. Ok, Berbalik kepada masalah aku ni...Awalnya aku tak ada masalah pun dengan rambut kat kepala ni. Sampailah satu hari ni aku tengan sikat rambut, maaaakkk datuukkkk segumpal rambut kat sikat. Haaa tuu dia. Mula-mula tak risau lagi. Lama-lama...Bila kakak tegur, mak tegur, adik tegur...Haaa baru tersedar dari lamunan. Pakai syampu yang tak bersesuaian juga salah satu faktor rambut gugur. So, hati-hati yea memilih syampu.

Kakak aku yang sangat penyayang lagi mengambil berat ni mencadangkan produk D'Herbs.. Katanya housemate dia dulu pakai produk ni. Aku yang tengah risau ni pun cari produk untuk melebatkan rambut keluaran D'Herbs ni. Kalau semua nak tahu, untuk melebatkan rambut ni ada 2 produk... Satu syampu herba dan satu lagi krim herba.

Ini syampu
Ini krim

Dah sebulan aku pakai produk ni. Alhamdulillah memang berhasil.Aku kan hari-hari tengok rambut sendiri. Mana lah perasan kan? Raya baru ni aku balik ke kampung, mak dan kakak aku tegur yang anak-anak rambut aku dah banyak. Ruang-ruang kosong yang dulu nampak kulit kepala pun dah tak berapa nampak dah. Alhamdulillah... Bila dapat feedback yang baik macam ni, aku lagi semangat nak terus pakai produk ni. Setakat ni, sebulan aku pakai krim&syampu ni masih ada lagi. Jimat bukan? Kalau bajet, aku kira tak sampai RM50 sebulan lebih. Ok kan?

Jadi, pada sesiapa yang ada masalah macam aku ni...Aku cadangkan produk ni.Memang bagus.

Selamat melebatkan rambut! Daaaa.....! =)

Monday 12 August 2013

Ini Kisah Tinted Kereta

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam aidilfitri..! Selamat bekerja semula kepada yang sudah pun mula bertugas pada 5 Syawal (termasuklah aku). Dan kepada cikgu cikgi, selamat meneruskan cuti anda sehingga 11Syawal. (herrmmm...untung jadi cikgu.hehe)

Ok, rentetan dari post aku yang lepas pasal servis kereta. Aku ada cakap nak pergi tinted kereta pulak. Sebenarnya aku servis&tinted kereta pada hari yang sama sebenarnya. Fuuhh..Penat! Dalam bulan puasa pulak tu. Ok, pung pang pung pang habis servis kereta pukul 3petang. Sebelum pergi servis kereta, aku&kawan dah pergi survey dah kedai yang boleh buat tinted pada harga yang berpatutan. Aku cari area Bangi. Dekat-dekat dengan PKNS Bangi tu. Survey punya survey...paling murah RM180 untuk 6 cermin, tinted hitam..TAPI....sebelum tu kena tahu tinted dia jenis apa. Apa yang aku tahu, tinted murah macam ni jenis nipis tu. Kalau kena ketuk, cermin confirm pecah. DAN...tinted macam ni tak ada lapisan UV.So, faham2 lah.kereta memang akan jadi panas.Cuma kurang panas sikit je daripada tak tinted. Boleh paham kan?

Cari lagi kedai lain...ada dapat RM380 TAPIII...cermin depan tak termasuk.Hahaha.kena tambah RM150 untuk buat tinted cermin depan.Pulak dah! Total dah RM530!Waaa menggeletar kepala lutut aku. Dah cari punya cari tak dapat juga harga pasang tinted untuk 6 cermin yang saaaangat sangat reasonable pada aku. Orang bajet tinted RM300...Macam ni laaa..hahaha

Tup tup teringat VOUCHER TINTED! Ok, menjelajah lah kami ke Shah Alam.. Sampai di kedai yang offer voucher ni, dapat RM650 TOLAK voucher..Makaaaiiii...lagi mahal! Ni tinted apa ni.. Aduhaaiii...Cari punya cari, dah nak dekat pukul 5 baru dapat 1 kedai ni. Dia bagi FULL tinted RM300 je..Yayyy!

Sebelum di tinted. Jam:5.30ptg

Masih di tinted..Jam 7.00 ptg

Tuuu diiaaa..Bersusun kereta tunggu giliran.
Tunggula kami berdua di kedai tinted ni. dari 5.30ptg sampai pukul 8mlm baru siap! Dengan berbuka hanya telan air liur..sungguh menyedihkan. Solat maghrib pulak bila waktu dah suntuk sangat. Tapi alhamdulillah sempat. Maka, terbanglah duitku RM300... Tapi best lah sebab kereta tak panas lagi.hehe. Aku nak suggest kedai ni tapi sorrriii sangat.Aku tak ingat nama kedai. Adesss...Bad me. Takpe, nanti aku dah ingat, aku buat special post ok!

Pada sesiapa yang ingin tinted kereta&mahukan privasi (terutamanya perempuan), aku cadangkan ambil tinted silver sebab memang orang luar tak nampak korang kat dalam. Jangan bimbang...tinted kat kedai ni di benarkan JPJ. Aku faham perasaan orang perempuan bila memandu. Sebab aku pun perempuan. Lelaki ni pantang nampak perempuan bawa kereta..Haaa mula lah dia nak hon je.Pantang lambat sikit. Berhati-hati itu kan penting....Ok, moga ketemu lagi..! Daaaaa....


Sunday 4 August 2013

Servis kereta

Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa hari je lagi dah nak raya. Aku? masih lagi bekerja hari ni walaupun orang kat ofis ni ada beberapa kerat je. Memandangkan raya pun dah nak dekat, jadi amatlah penting kita sebagai pemandu yang berhemah ni memastikan yang kereta kita berada dalam keadaan selamat. Alkisahnya 2 hari lepas aku buat pertama kalinya menghantar kete untuk diservis. Dah aku ni plak agak la skema, punya la jaga meter bagi cukup-cukup 1000.hahaha. last-last terlebih jugak jadi 1033 masa sampai Perodua Service Centre.

Bagi yang baru pertama kali menyervis kereta macam aku ni, adalah dinasihatkan dan digalakkan  untuk membawa sesiapa yang tahu/pakar selok belok kereta. Tujuannya untuk elak daripada DITIPU! Hati-hati ok.

Aku servis kereta kat Frontline Motor Sdn Bhd area Seksyen 10, Bangi. Perkara-perkara yang perlu korang ambil tahu masa servis kereta ialah:

1) Lokasi pusat servis (Cari yang dekat&service rating dia bagus)
2) Pusat servis yang dilantik (Pastikan pusat servis tu betul-betul sah)
3) Book appointment (Yang ni PENTING. Nanti tak adalah kena tunggu lama)
4) Bawa ahli keluarga/rakan yang pakar selok belok kereta
5) Bawa buku servis kereta (ni pun kena ada. Dapat masa beli kereta tu)

Ok, Aku citer sikit masa aku sampai kat pusat servis ni dalam pukul 1.50 macam tu sebab appointment aku pukul 2 petang. Tapi....memang taklah pukul 2 pun. pukul 2.40 baru kereta aku mula diservis. hampir pukul 4 ptg baru siap. Sebelum kereta mula diservis, kita akan berbincang dengan pekerja di pusat servis tersebut apa yang perlu ditukar. Biasanya macam kes aku, tukar minyak hitam sahaja sebab kereta baru 1000km.
Pada awalnya, aku kena tukar minyak gearbox. harga RM42.60....Terus kawan aku cakap dia taknak tukar.Pastu, pekerja tu potong harga & minyak tu. Jadi, aku dapat servis PERCUMA...! Yayy.

Baru aku tahu, minyak gearbox ni biasanya orang tukar apabila kereta dah mencecah 5000km ke atas. (Oooooo...Baru aku tahu). Kadang-kadang ada juga yang tukar apabila meter mencecah 10,000km.
Kalau aku pergi sorang-sorang memang dah 'selamat' 42.60 aku tu.

Staff Perodua ni akan berbincang&cadangkan apa yang perlu ditukar dsb bergantung kpd bajet kita

Ini tempat menunggu. sambil menunggu, boleh tengok kerete kita sedang diservis dr cermin lutsinar tu

Biskut&air 3 in 1 pun ada...(skrg bulan pose.jeling jelaaa)

Dah hampir satu jam baru kereta siap.. Yay! Balik kampung....ooo oo balik kampung...Hati girang.haha.

Uppsstt..Belum setel lagi hal kereta aku ni. Misi seterusnya... TINTED KERETA! 

Daaa....Sampai ketemu lagi. Selamat pulang ke kampung =)



Tuesday 30 July 2013

Herbalife...owh...Herbalife

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam ramadhan al-mubarak! Selamat berpuasa kepada semua. Rebutlah 10 malam terakhir ini dengan amal yang berlipat kali ganda.Mudah2an bertemu lailatulqadar dimana pahala amal seperti kita beribadat seribu bulan. Subhanallah!

Ok,minta maaf sangat2.banyak janji belum dikota. Seperti dijanjikan, hari ini aku letakkan testimoni aku sendiri semenjak aku makan produk Herbalife ni. Sila jamu mata & jangan lupa tutup mulut tu dek terkejut tengok gambar-gambar yang diklasifikasikan sebagai 'edisi terhad'.haha


Ini gambar masa pergi mengundi. Mungkin tak nampak beza sangat. Tapi kalau perhati betul2, aku pakai slack yang sama sebenarnya. Nampak beza kelonggarannya disitu?


Yang ni masa aku dinobatkan sebagai juara Weight Loss Challenge kat Senawang. Yang best nya, dapat kurus+menang RM1000 TUNAI!!! =)







Muka aku tengah excited ni.haha














Yang 2 gambar kat atas ni aku pakai baju yang sama. Nampak beza kat situ? aku ternganga jugak la bila bandingkan dua gambar ni. BESAR nya aku!

Alhamdulillah sekarang masih teruskan pengambilan Herbalife. Siapa2 yang berminat dan nak tahu lebih lanjut boleh hubungi/ wasap aku kat no ni ea. 017-9395472(Faizah). Plan diet aku akan sediakan bagi siapa-siapa yang mahu turunkan berat badan, nak maintain berat badan atau nak tambah berat badan pun boleh tau.

Sampai ketemu...Jumpa lagi...!

Tuesday 4 June 2013

Pengembaraan Bermula…!



Bismillah..

Sejak akhir-akhir ni aku agak super busy (kononnya..). Tak sempat nak update any story mory. Ok, nak dengar citer taaakkk..? Hihi

Alkisahnya..Aku pernah citer kan aku masuk Weight Loss Challenge Round 6 dulu? Alhamdulillah… Aku juara tempat pertama. Menang RM 1,000 kata ko!

Kemenangan tak disangka sebenarnya…Just cuba-cuba je. Kalau kata aku taknak menang,memang  tipulah kaaann. Aku dah banyak kali dok berkira-kira nak pos ke idok entri nih. Sebabnya:

1) Figure kat gambar tu boleh membuatkan orang sesak nafas dan berkata “kuuussssmangat kau, Faizah”

2)Aku taknak ada orang yang pengsan lepas baca entri ni (refer no 1)

3) Aku bukan nak promote produk (Niat tu memang ada..hahaha)

4)Korang mesti excited nk tengok perubahan aku lps ni kaann..Aku bajet retis.

5) Alasan utama: Aku tak rajin nak bukak blog..Serius giler malas.sorryyy..!


Ok, ok...Sape rasa teringin nak pengsan&terbuntang bijik mata??! Ok…Dipersilakan...


---10---






















---9---

































---8---













--Scroll lg..hahaha—











































---7---





































---Eh, patutnya bukan 6 dah ke?Aip, suka ati aku laa ni blog aku---































---6---













---5---










---sikitt lagi---






























---4---














---3---
























---2---
-

-


-



-Suspen sikit-

.
.
.
.
Tantaraaaaaaa…..!



























__Tunggu NEXT ENTRY__
Mesti korang cakap camni kan?-->*&$%^!@#% Kau Faizah!


Ehh..Hey..Heyy...Suka ati aku laa..aku punya blog..Aku punya suka.hahahaha

p/s: Relax..relax. Xmo marah, marah. Next entry under construction lagi.hihi. Sabar yea!