Beberapa hari je lagi dah nak raya. Aku? masih lagi bekerja hari ni walaupun orang kat ofis ni ada beberapa kerat je. Memandangkan raya pun dah nak dekat, jadi amatlah penting kita sebagai pemandu yang berhemah ni memastikan yang kereta kita berada dalam keadaan selamat. Alkisahnya 2 hari lepas aku buat pertama kalinya menghantar kete untuk diservis. Dah aku ni plak agak la skema, punya la jaga meter bagi cukup-cukup 1000.hahaha. last-last terlebih jugak jadi 1033 masa sampai Perodua Service Centre.
Bagi yang baru pertama kali menyervis kereta macam aku ni, adalah dinasihatkan dan digalakkan untuk membawa sesiapa yang tahu/pakar selok belok kereta. Tujuannya untuk elak daripada DITIPU! Hati-hati ok.
Aku servis kereta kat Frontline Motor Sdn Bhd area Seksyen 10, Bangi. Perkara-perkara yang perlu korang ambil tahu masa servis kereta ialah:
1) Lokasi pusat servis (Cari yang dekat&service rating dia bagus)
2) Pusat servis yang dilantik (Pastikan pusat servis tu betul-betul sah)
3) Book appointment (Yang ni PENTING. Nanti tak adalah kena tunggu lama)
4) Bawa ahli keluarga/rakan yang pakar selok belok kereta
5) Bawa buku servis kereta (ni pun kena ada. Dapat masa beli kereta tu)
Ok, Aku citer sikit masa aku sampai kat pusat servis ni dalam pukul 1.50 macam tu sebab appointment aku pukul 2 petang. Tapi....memang taklah pukul 2 pun. pukul 2.40 baru kereta aku mula diservis. hampir pukul 4 ptg baru siap. Sebelum kereta mula diservis, kita akan berbincang dengan pekerja di pusat servis tersebut apa yang perlu ditukar. Biasanya macam kes aku, tukar minyak hitam sahaja sebab kereta baru 1000km.
Pada awalnya, aku kena tukar minyak gearbox. harga RM42.60....Terus kawan aku cakap dia taknak tukar.Pastu, pekerja tu
Baru aku tahu, minyak gearbox ni biasanya orang tukar apabila kereta dah mencecah 5000km ke atas. (Oooooo...Baru aku tahu). Kadang-kadang ada juga yang tukar apabila meter mencecah 10,000km.
Kalau aku pergi sorang-sorang memang dah 'selamat' 42.60 aku tu.
Staff Perodua ni akan berbincang&cadangkan apa yang perlu ditukar dsb bergantung kpd bajet kita |
Ini tempat menunggu. sambil menunggu, boleh tengok kerete kita sedang diservis dr cermin lutsinar tu |
Biskut&air 3 in 1 pun ada...(skrg bulan pose.jeling jelaaa) |
Dah hampir satu jam baru kereta siap.. Yay! Balik kampung....ooo oo balik kampung...Hati girang.haha.
Uppsstt..Belum setel lagi hal kereta aku ni. Misi seterusnya... TINTED KERETA!
Daaa....Sampai ketemu lagi. Selamat pulang ke kampung =)
Play free Vimeo Video Slots Online. Vimeo
ReplyDeleteBest Vimeo Videos. Vimeo Video Slots & Online Games Video Slots Games Videoslots Games Videoslots If youtube mp4 you like the free Vimeo video slots, you will like the