Bismillahhirrahmanirrahim...
Lebatkan rambut. Post kali ni aku nak cerita&share produk.Bukan nak menjual pun
sebab aku tak dapat payment pun tolong promote.haha. Ini aku nak share berdasarkan masalah yang aku alami sendiri dan aku percaya ada ramai lagi wanita di luar sana mungkin mengalami masalah yang sama macam aku...It's true!
Bayangkan..Umur masih muda tapi kepala kurang rambut. kalau botak tu botak cheng
macam kepala ayah aku.kihkihkih. Ok, Berbalik kepada masalah aku ni...Awalnya aku tak ada masalah pun dengan rambut kat kepala ni. Sampailah satu hari ni aku tengan sikat rambut, maaaakkk datuukkkk segumpal rambut kat sikat. Haaa tuu dia. Mula-mula tak risau lagi. Lama-lama...Bila kakak tegur, mak tegur, adik tegur...Haaa baru tersedar dari lamunan. Pakai syampu yang tak bersesuaian juga salah satu faktor rambut gugur. So, hati-hati yea memilih syampu.
Kakak aku yang sangat penyayang lagi mengambil berat ni mencadangkan produk
D'Herbs.. Katanya housemate dia dulu pakai produk ni. Aku yang tengah risau ni pun cari produk untuk melebatkan rambut keluaran D'Herbs ni. Kalau semua nak tahu, untuk melebatkan rambut ni ada 2 produk... Satu syampu herba dan satu lagi krim herba.
|
Ini syampu
|
|
Ini krim
|
Dah sebulan aku pakai produk ni. Alhamdulillah memang berhasil.Aku kan hari-hari tengok rambut sendiri. Mana lah perasan kan? Raya baru ni aku balik ke kampung, mak dan kakak aku tegur yang anak-anak rambut aku dah banyak. Ruang-ruang kosong yang dulu nampak kulit kepala pun dah tak berapa nampak dah. Alhamdulillah... Bila dapat feedback yang baik macam ni, aku lagi semangat nak terus pakai produk ni. Setakat ni, sebulan aku pakai krim&syampu ni masih ada lagi. Jimat bukan? Kalau bajet, aku kira tak sampai RM50 sebulan lebih. Ok kan?
Jadi, pada sesiapa yang ada masalah macam aku ni...Aku cadangkan produk ni.Memang bagus.
Selamat melebatkan rambut! Daaaa.....! =)
No comments:
Post a Comment