Welcome

From Ordinary to Extraordinary Person

Tuesday, 13 August 2013

Lebatkan Rambut

Bismillahhirrahmanirrahim...

Lebatkan rambut. Post kali ni aku nak cerita&share produk.Bukan nak menjual pun sebab aku tak dapat payment pun tolong promote.haha. Ini aku nak share berdasarkan masalah yang aku alami sendiri dan aku percaya ada ramai lagi wanita di luar sana mungkin mengalami masalah yang sama macam aku...It's true!

Bayangkan..Umur masih muda tapi kepala kurang rambut. kalau botak tu botak cheng macam kepala ayah aku.kihkihkih. Ok, Berbalik kepada masalah aku ni...Awalnya aku tak ada masalah pun dengan rambut kat kepala ni. Sampailah satu hari ni aku tengan sikat rambut, maaaakkk datuukkkk segumpal rambut kat sikat. Haaa tuu dia. Mula-mula tak risau lagi. Lama-lama...Bila kakak tegur, mak tegur, adik tegur...Haaa baru tersedar dari lamunan. Pakai syampu yang tak bersesuaian juga salah satu faktor rambut gugur. So, hati-hati yea memilih syampu.

Kakak aku yang sangat penyayang lagi mengambil berat ni mencadangkan produk D'Herbs.. Katanya housemate dia dulu pakai produk ni. Aku yang tengah risau ni pun cari produk untuk melebatkan rambut keluaran D'Herbs ni. Kalau semua nak tahu, untuk melebatkan rambut ni ada 2 produk... Satu syampu herba dan satu lagi krim herba.

Ini syampu
Ini krim

Dah sebulan aku pakai produk ni. Alhamdulillah memang berhasil.Aku kan hari-hari tengok rambut sendiri. Mana lah perasan kan? Raya baru ni aku balik ke kampung, mak dan kakak aku tegur yang anak-anak rambut aku dah banyak. Ruang-ruang kosong yang dulu nampak kulit kepala pun dah tak berapa nampak dah. Alhamdulillah... Bila dapat feedback yang baik macam ni, aku lagi semangat nak terus pakai produk ni. Setakat ni, sebulan aku pakai krim&syampu ni masih ada lagi. Jimat bukan? Kalau bajet, aku kira tak sampai RM50 sebulan lebih. Ok kan?

Jadi, pada sesiapa yang ada masalah macam aku ni...Aku cadangkan produk ni.Memang bagus.

Selamat melebatkan rambut! Daaaa.....! =)

Monday, 12 August 2013

Ini Kisah Tinted Kereta

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam aidilfitri..! Selamat bekerja semula kepada yang sudah pun mula bertugas pada 5 Syawal (termasuklah aku). Dan kepada cikgu cikgi, selamat meneruskan cuti anda sehingga 11Syawal. (herrmmm...untung jadi cikgu.hehe)

Ok, rentetan dari post aku yang lepas pasal servis kereta. Aku ada cakap nak pergi tinted kereta pulak. Sebenarnya aku servis&tinted kereta pada hari yang sama sebenarnya. Fuuhh..Penat! Dalam bulan puasa pulak tu. Ok, pung pang pung pang habis servis kereta pukul 3petang. Sebelum pergi servis kereta, aku&kawan dah pergi survey dah kedai yang boleh buat tinted pada harga yang berpatutan. Aku cari area Bangi. Dekat-dekat dengan PKNS Bangi tu. Survey punya survey...paling murah RM180 untuk 6 cermin, tinted hitam..TAPI....sebelum tu kena tahu tinted dia jenis apa. Apa yang aku tahu, tinted murah macam ni jenis nipis tu. Kalau kena ketuk, cermin confirm pecah. DAN...tinted macam ni tak ada lapisan UV.So, faham2 lah.kereta memang akan jadi panas.Cuma kurang panas sikit je daripada tak tinted. Boleh paham kan?

Cari lagi kedai lain...ada dapat RM380 TAPIII...cermin depan tak termasuk.Hahaha.kena tambah RM150 untuk buat tinted cermin depan.Pulak dah! Total dah RM530!Waaa menggeletar kepala lutut aku. Dah cari punya cari tak dapat juga harga pasang tinted untuk 6 cermin yang saaaangat sangat reasonable pada aku. Orang bajet tinted RM300...Macam ni laaa..hahaha

Tup tup teringat VOUCHER TINTED! Ok, menjelajah lah kami ke Shah Alam.. Sampai di kedai yang offer voucher ni, dapat RM650 TOLAK voucher..Makaaaiiii...lagi mahal! Ni tinted apa ni.. Aduhaaiii...Cari punya cari, dah nak dekat pukul 5 baru dapat 1 kedai ni. Dia bagi FULL tinted RM300 je..Yayyy!

Sebelum di tinted. Jam:5.30ptg

Masih di tinted..Jam 7.00 ptg

Tuuu diiaaa..Bersusun kereta tunggu giliran.
Tunggula kami berdua di kedai tinted ni. dari 5.30ptg sampai pukul 8mlm baru siap! Dengan berbuka hanya telan air liur..sungguh menyedihkan. Solat maghrib pulak bila waktu dah suntuk sangat. Tapi alhamdulillah sempat. Maka, terbanglah duitku RM300... Tapi best lah sebab kereta tak panas lagi.hehe. Aku nak suggest kedai ni tapi sorrriii sangat.Aku tak ingat nama kedai. Adesss...Bad me. Takpe, nanti aku dah ingat, aku buat special post ok!

Pada sesiapa yang ingin tinted kereta&mahukan privasi (terutamanya perempuan), aku cadangkan ambil tinted silver sebab memang orang luar tak nampak korang kat dalam. Jangan bimbang...tinted kat kedai ni di benarkan JPJ. Aku faham perasaan orang perempuan bila memandu. Sebab aku pun perempuan. Lelaki ni pantang nampak perempuan bawa kereta..Haaa mula lah dia nak hon je.Pantang lambat sikit. Berhati-hati itu kan penting....Ok, moga ketemu lagi..! Daaaaa....


Sunday, 4 August 2013

Servis kereta

Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa hari je lagi dah nak raya. Aku? masih lagi bekerja hari ni walaupun orang kat ofis ni ada beberapa kerat je. Memandangkan raya pun dah nak dekat, jadi amatlah penting kita sebagai pemandu yang berhemah ni memastikan yang kereta kita berada dalam keadaan selamat. Alkisahnya 2 hari lepas aku buat pertama kalinya menghantar kete untuk diservis. Dah aku ni plak agak la skema, punya la jaga meter bagi cukup-cukup 1000.hahaha. last-last terlebih jugak jadi 1033 masa sampai Perodua Service Centre.

Bagi yang baru pertama kali menyervis kereta macam aku ni, adalah dinasihatkan dan digalakkan  untuk membawa sesiapa yang tahu/pakar selok belok kereta. Tujuannya untuk elak daripada DITIPU! Hati-hati ok.

Aku servis kereta kat Frontline Motor Sdn Bhd area Seksyen 10, Bangi. Perkara-perkara yang perlu korang ambil tahu masa servis kereta ialah:

1) Lokasi pusat servis (Cari yang dekat&service rating dia bagus)
2) Pusat servis yang dilantik (Pastikan pusat servis tu betul-betul sah)
3) Book appointment (Yang ni PENTING. Nanti tak adalah kena tunggu lama)
4) Bawa ahli keluarga/rakan yang pakar selok belok kereta
5) Bawa buku servis kereta (ni pun kena ada. Dapat masa beli kereta tu)

Ok, Aku citer sikit masa aku sampai kat pusat servis ni dalam pukul 1.50 macam tu sebab appointment aku pukul 2 petang. Tapi....memang taklah pukul 2 pun. pukul 2.40 baru kereta aku mula diservis. hampir pukul 4 ptg baru siap. Sebelum kereta mula diservis, kita akan berbincang dengan pekerja di pusat servis tersebut apa yang perlu ditukar. Biasanya macam kes aku, tukar minyak hitam sahaja sebab kereta baru 1000km.
Pada awalnya, aku kena tukar minyak gearbox. harga RM42.60....Terus kawan aku cakap dia taknak tukar.Pastu, pekerja tu potong harga & minyak tu. Jadi, aku dapat servis PERCUMA...! Yayy.

Baru aku tahu, minyak gearbox ni biasanya orang tukar apabila kereta dah mencecah 5000km ke atas. (Oooooo...Baru aku tahu). Kadang-kadang ada juga yang tukar apabila meter mencecah 10,000km.
Kalau aku pergi sorang-sorang memang dah 'selamat' 42.60 aku tu.

Staff Perodua ni akan berbincang&cadangkan apa yang perlu ditukar dsb bergantung kpd bajet kita

Ini tempat menunggu. sambil menunggu, boleh tengok kerete kita sedang diservis dr cermin lutsinar tu

Biskut&air 3 in 1 pun ada...(skrg bulan pose.jeling jelaaa)

Dah hampir satu jam baru kereta siap.. Yay! Balik kampung....ooo oo balik kampung...Hati girang.haha.

Uppsstt..Belum setel lagi hal kereta aku ni. Misi seterusnya... TINTED KERETA! 

Daaa....Sampai ketemu lagi. Selamat pulang ke kampung =)